Pelajar UIA Terperangkap Kepala Air

KUALA LUMPUR – Seramai 18 orang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berdepan dengan detik-detik mencemaskan selepas mereka terperangkap dalam insiden kepala air di Sungai Pisang berdekatan Taman Rimba Klasik Sendayu, Gombak, dekat sini malam tadi.

Kejadian jam 7 malam itu membabitkan 12 pelajar wanita manakala selebihnya pelajar lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun, lapor Utusan.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, ketika kejadian kesemua pelajar berkenaan mengadakan baru sahaja menjalani aktiviti rekreasi di situ.

“Berikutan kejadian itu kesemua pelajar berkenaan tidak dapat menyeberangi sungai tersebut dan terperangkap dengan arus deras,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Mohd. Sani memaklumkan, kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih lagi dijalankan dan kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.