Mus May Kini Stabil

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan rock terkenal, Mus May kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi kelmarin akibat demam panas.

Menurut isterinya, Suraya Bahari, Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din sudah tiga hari demam sebelum keadaannya semakin teruk sehingga seperti diserang sawan sebelum dibawa ke HKL.

“Mus masih sedar apabila tiba di hospital cuma dia berada dalam keadaan yang tidak tenang, jadi doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma bagi memudahkan rawatan.

“Saya baru sahaja masuk melihat keadaannya dan semua pemeriksaan jantung serta otak menunjukkan keputusan positif dan stabil,” katanya seperti memetik laporan Kosmo.

Dalam pada itu, Suraya turut memberitahu platlet darah pelantun lagu Sinar itu turun mendadak sehingga angka 8 sehingga doktor terpaksa memasukkan darah ke dalam badan suaminya itu.

“Doktor masih cuba mencari punca sebenar sakit Mus ini jadi doakan tiada apa-apa yang serius,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.