Mayat Remaja Terjun Ambil Bola Ditemui Terapung

MAYAT remaja yang hilang selepas berenang untuk mengambil bola dalam sungai di Kampung Delong, Dungun, pada Ahad lalu ditemui terapung, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, mayat Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dijumpai terapung kira-kira 2.5 kilometer dari lokasinya dilaporkan tenggelam, 7.05 pagi tadi.

“Ketika menyambung semula operasi mencari pagi ini dengan memperluaskan lagi kawasan pencarian, akhirnya mangsa ditemui,” katanya.

Menurutnya, mayat remaja itu kemudiannya dibawa ke daratan sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Ahmad Zailani berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua yang terbabit dalam operasi mencari termasuk penduduk kampung yang banyak membantu polis.

Dalam kejadian, 6.45 petang Ahad lalu , Che Wan Haziq yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut dikatakan bermain bola sepak berhampiran sungai berkenaan bersama rakannya.

Mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil bola sebelum tenggelam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.