Lelaki Tempatan Miliki Wajah Mirip ‘Anime’ Menjadi Tular

Petaling Jaya- Wajah ‘anime’ sering menjadi trend dalam kalangan penduduk lelaki di negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Namun, baru-baru ini tular seorang lelaki warga tempatan yang berwajah anime.

Lelaki tersebut yang menggunakan nama Facebook, Miyyo Rizone II memiliki wajah putih dan gebu persis artis Korea yang menjadi kegilaan remaja hari ini.

Difahamkan lelaki tersebut merupakan pemilik MR Beauty Line yang menjual produk pemutih kulit.

Berdasarkan tinjauan di laman Facebooknya, Miyyo turut berkongsi artikel yang memaparkan gambar mengenai perubahan wajahnya.

Perubahan ketara pada wajah lelaki itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Selepas gambar tersebut menjadi tular sejak beberapa hari lalu, Miyyo dalam status di laman Facebooknya berkata:”Maaf handphone terpaksa ditutup hari ini lepas jadi macam ni. Call tak henti-henti masuk. WhatsApp dan Chat pun tak dapat nak balas. Maaf.”

Ada di antara mereka menyifatkan lelaki itu seperti watak dalam cerita Final Fantasy.

Malah ada juga yang menganggap gambar tersebut disunting untuk menampakkan wajah seperti lelaki Korea.

Muhammad Abdullah berkata:”Ni edit jelah. Yes edit yang melampau. Macam yang orang Korea muka anime tu buat. Dia ni mesti tiru yang dari Korea anime tu. Ko tengok kayu yang dalam bulatan merah tu. Kan tak straight, bermakna dia liquify muka sampai objek sekeliling dia pon tereffect. Unless lau pandai photoshop. Baru edit akan nampak natural.

“Muhd Fahme berkata:”Nampak benar plastik.”

Putri Putri Syafika berkata:”Pelik menakutkan.”

Sementara itu, ada juga netizen yang memberi sokongan kepada lelaki tersebut yang memintanya supaya bersabar dengan ujian yang dihadapinya.

Nad Semi First berkata: Aku tengok your face Miyyo time viral haritu. Aku 100% pasti kau jual produk. Stalk wall haha tak sangka betul. Sabar ek. Semoga murah rezeki.

Nor Hidayah Sallehudin pula berkata:”Hikmahnya nanti ramai beli produk adik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.