Korea Utara Lancar Peluru Lagi

Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik dari kawasan barat negara itu ke arah lautan di timur.

Menurut Reuters, peluru berpandu itu dilancarkan pada 12.40 tengah malam GMT (8.40 pagi waktu Malaysia) dari lapangan terbang di barat laut Pyongyang, menurut tentera Korea Selatan.

Ia terbang selama 40 minit sejauh 930 kilometer dan mungkin melanda Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Pelancaran ini diadakan menjelang pertemuan Sumit G20 di Jerman, minggu ini di antara pemimpin Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan yang dijangka membincangkan usaha mengekang ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, lapor Metro.

Ia juga dilancarkan pada Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai dan Korea Utara sebelum ini pernah melancarkan peluru berpandu ketika perayaan Amerika Syarikat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.