Khairy Antara 400 Atlet Lulus Ujian Doping Sukan SEA KL 2017

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara 400 atlet negara yang lulus ujian doping sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

Perkara itu disahkan penolong pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar, lapor Awani.

ADAMAS lega apabila program kesedaran yang dijalankan sejak tahun lalu mula membuahkan hasil.

Buktinya, tiada seorangpun atlet negara positif doping sejak Januari lalu termasuk mereka yang berstatus kenamaan seperti Khairy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.