JDT Ubah Taktikal Berdepan Bujang Senang Malam Ini

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia menantikan kunjungan Sarawak untuk aksi sulung Kumpulan D Piala Malaysia malam ini.

Ketua Jurulatih JDT, Ulisses Morais berkata, dijangkakan beberapa perubahan akan dilakukan untuk menghadapi skuad Bujang Senang di Stadium Larkin.

Menurutnya, Harimau Selatan mempunyai pemain berkualiti untuk diturunkan dalam perlawanan tersebut.

“Kami akan melakukan perubahan kerana kami masih mempunyai beberapa pemain berkualiti untuk bermain,” katanya semalam.

Morais berkata, beliau bersama barisan kejurulatihan akan memantau keadaan fizikal pemain sebelum menentukan barisan kesebelasan utama pasukan.

Selain itu, beliau turut memberi bayangan pemain import JDT, Mohammed Ghaddar dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Sarawak.

“Terdapat sedikit masalah terhadap pemain dalam perlawanan ini iaitu seperti kecederaan yang dialami Mohammed Ghaddar pada penghujung perlawanan.

“Kami akan memantau terlebih dahulu keadaan fizikal pemain kami yang bermain pada perlawanan malam tersebut,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.