Buku Teks Papar, Sifatkan Masjid Sebagai Pencemaran Bunyi

New Delhi – Imej dalam buku teks darjah 6 sekolah kebangsaan di India yang menunjukkan ‘masjid’ sebagai sumber pencemaran bunyi mencetuskan kemarahan pengguna media sosial negara itu.

Menurut Agensi, bab mengenai pencemaran bunyi di dalam buku teks sains berkenaan menunjukkan pelbagai perkara yang menyumbang kepada perkara itu, dengan contoh diberikan imej kereta api, kereta, kapal terbang dan masjid.

Gambar yang dikongsi secara meluas di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki menutup telinganya kerana bunyi bising, menyebabkan orang ramai melancarkan petisyen menerusi media sosial menuntut buku itu ditarik balik, lapor Metro.

Penerbit buku berkenaan kemudian membuat permohonan maaf dan berjanji menukar gambar berkenaan dalam edisi seterusnya.

“Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak yang kami akan menukar gambar terbabit dalam edisi seterusnya,” kata penerbit buku berkenaan, Hemant Gupta menerusi media sosial.

Menurutnya, gambar rajah di muka surat 202 dalam buku teks Sains Bersepadu terbitannya itu mengandungi struktur bangunan dan objek lain yang mengeluarkan bunyi bising di kota.

‘Kami memohon maaf sekiranya ia menyakiti sentimen orang lain,” katanya.

Pada April tahun lalu, penyanyi terkenal Bollywood, Sonu Nigam mencetuskan kontroversi apabila mengadu terbangun dari tidur kerana diganggu bunyi azan.

Beberapa kontroversi juga pernah dilaporkan mengenai buku teks sekolah sejak beberapa bulan lalu.

Petikan buku pendidikan jasmani sebelum ini menyatakan bentuk badan idaman untuk wanita sebagai berukuran 36-24-36.

Manakala petikan buku teks sains darjah 4 mencadangkan eksperimen untuk membunuh anak kucing menjadi tular di media sosial menyebabkannya ditarik balik dari pasaran, awal tahun ini.

One thought on “Buku Teks Papar, Sifatkan Masjid Sebagai Pencemaran Bunyi

  • July 4, 2017 at 2:48 pm
    Permalink

    Hindraaf mana mau larieee… mau pi cari sama Zamihan al-Larieee ke…..?????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.