Beza Usia 55 Tahun, Pasangan Pengantin Baru Ini Akui Bahagia

Perasaan syukur dan bahagia terpancar pada wajah pasangan pengantin baru ini iaitu Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar yang berusia 71 tahun dengan suaminya, Selamat Siyadi Husni, yang baru berusia 16 tahun.

“Alhamdulillah, kami sudah rasmi menikah,” kata Selamat.

Baik Selamat maupun Rohaya, mereka mengakui pernikahan tersebut ditentang pihak keluarga masing-masing.

Kini Selamat mengaku sangat bahagia kerana wanita yang dulu dipanggilnya bibik sudah menjadi isterinya yang sah. Proses pernikahan mereka diadakan di rumah ketua kampung di sebuah wilayah di Indonesia.

Majlis pernikahan yang kontroversi itu mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat dengan ratusan orang menghadirinya termasuk dari kampung sebelah.

Tetamu yang datang memberikan sokongan dan semangat kepada Selamat dan isterinya. Mereka turut mengutip derma untuk melangsungkan perkahwinan itu. Bagaimanapun tiada langsung anggota keluarga kedua pihak yang hadir.

Pengantin baru itu kini tinggal di sebuah rumah kecil. Untuk perbelanjaan harian, mereka bekerja sebagai buruh dengan membersihkan kebun orang atau melakukan kerja kampung.