Bayi Empat Bulan Maut Tersedak Susu

SHAH ALAM — Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dalam akibat selepas diberikan susu oleh pengasuhnya.

Muka Aira Amira kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam buaian sebelum pengasuh membawanya ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam, lapor Sinar Harian.

Bapanya Nurul Riduan berkata Aira Amira dikejarkan pula ke Hospital Shah Alam sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang.

Beliau berkata pengasuh itu dikatakan meletakkan Aira Amira dalam buaian selepas memberikannya susu dan hanya menyedari perubahan bayi itu beberapa jam kemudian.

Nurul Rizuan dan isterinya Noor Hafiza Che Abdullah dimaklumkan pengasuhnya ketika berada di klinik pada jam 2.20 petang. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.