Anggota Polis Maut Terjatuh Depan Bank

KULIM – Malang tidak berbau apabila seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mati selepas mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala akibat terjatuh di hadapan sebuah bank.

Dalam kejadian jam 9 malam tadi mangsa Lans Koperal Mohd Asri Abu Hassan, 46, yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi Tech singgah sebentar di sebuah bank dekat Kulim bersama isteri dan anaknya.

Mangsa ketika itu sedang berjalan untuk masuk ke dalam bank apabila kakinya tersangkut pada besi penghadang longkang di hadapan bank lalu kepalanya terhentak pada simen lantai sehingga mengakibatkan kepalanya terkoyak dan mengalami pendarahan yang banyak.

Isteri dan anak mangsa yang berada di dalam kereta segera keluar dan meluru ke arah mangsa yang terbaring di hadapan bank lalu meminta orang awam menghubungi ambulans.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan laporan kejadian. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga pagi tadi dan jenazah dikebumikan di kampung halamannya dekat Sedaka, Yan, Kedah. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.