2 Gadis Bersorak Dapat Teka Pin ATM Curi

Seorang lelaki di Indonesia bukan sahaja kehilangan dompet akibat tercicir, malah wang simpanan di dalam banknya juga turut lesap disapu pencuri.

Menurut RancahPost, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 13 Jun lalu, ia memaparkan aksi dua gadis bertudung cuba menggeluarkan sejumlah wang dipercayai kepunyaan mangsa di sebuah mesin ATM.

Gadis-gadis itu pada mulanya cuba meneka nombar pin kad ATM mangsa, sehinggalah seorang dari mereka dilihat ‘melompat’ gembira apabila tekaan nombor yang dicuba adalah tepat dan berjaya mengeluarkan sejumlah wang.

Suspek meneka nombor pin kad ATM tersebut berdasarkan tarikh lahir mangsa yang terdapat pada kad pengenalan dan difahamkan, sebanyak Rp7 juta (RM2,254) telah dicuri mereka.

Tindakan kedua gadis ini mencetus kemarahan netizen kerana sikap mereka yang tidak jujur dan tergamak mengambil hak orang lain tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.