Lim Guan Eng Bercutilah Kalau Gentleman, Kata Haron Din

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng perlu bercuti sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau seorang gentleman dan selari dengan amalan demokrasi di negara ini.

 

Gesaan itu dibuat, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menyatakan, walaupun tidak ada undang-undang mewajibkan perkara itu, namun langkah tersebut amat wajar bagi memberi ruang kepada pihak pengadilan untuk melakukan tindakan sewajarnya.

 

Beliau menjelaskan, tindakan meletak jawatan sudah menjadi amalan dalam dunia moden terutama di negara ini apabila mana-mana penjawat awam berhadapan dengan pertuduhan berat dan disabitkan ke mahkamah.

 

“Sudah menjadi satu amalan dalam dunia moden terutama di Malaysia apabila penjawat awam berhadapan dengan satu tuduhan yang berat seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya biasa-nya penjawat awam akan bercuti.

 

“Yang terakhir kita dengar Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengambil cuti sementara, walaupun bukan satu tuduhan rasmi tetapi hanya sekadar tersebar berita seperti wujud penyalahgunaan kuasa, beliau mengambil cuti.

 

“Jadi, secara gentleman, beliau (Guan Eng) bercutilah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini kelmarin.

 

Beliau mengulas tindakan Guan Eng yang enggan melepaskan jawatannya meskipun berdepan dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis lepas.

 

Pelbagai pihak mendesak Guan Eng untuk beliau berbuat demikian sama ada bercuti atau meletak jawatan selaras dengan amalan pentadbiran kerajaan mana-mana negeri yang telus dan berintegriti.

 

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk kepentingan peribadi dan isteri-nya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd..

 

Bagi tuduhan kedua, beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta. – UTUSAN

One thought on “Lim Guan Eng Bercutilah Kalau Gentleman, Kata Haron Din

  • July 5, 2016 at 6:17 pm
    Permalink

    Puak ini tak ikut demokasi dan amalan biasa pentadbiran negeri @negara. Bukti sebuah pemerintahan yg ikut kemahuan sendiri dengan gunakan platform parti…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.