Pakatan Baru Pembangkang Dibentuk Selepas Aidilfitri – Mat Sabu

BUTTERWORTH – Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di majlis berbuka puasa di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 1,000 hadirin mengumumkan Pakatan Rakyat yang baru akan dibentuk selepas Aidilfitri.

 

“Mudah-mudahan selepas Syawal, kita akan melihat satu gelombang baharu muncul.

 

“Untuk mencapai Pakatan yang lebih kukuh, perlu ada integriti, tanpa membangkitkan tentang perkauman yang boleh menjadi provokasi isu,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu seperti dipetik dari portal berita MStar Online.

 

Dalam laporan yang sama Mat Sabu memuji Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwanya telah mempraktiskan amalan yang sesuai dengan Al-Quran.

 

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempraktiskan amalan-amalan seperti integriti, budaya dan nilai-nilai murni yang sama dengan ajaran Islam, seperti yang terdapat dalam al-Quran.

 

“Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti panggilan serigala dan anjing.

 

“Ia mengenai mengamalkan keharmonian dan persefahaman pelbagai kaum,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.