TMJ Bakal Akhiri Zaman Bujang?

Kuala Lumpur – Khabar angin Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 tahun bakal menamatkan zaman bujang pada Oktober ini semakin tersebar luas di laman sosial.

Berita itu turut dikukuhkan lagi dengan penyebaran surat edaran berkaitan mesyuarat Jawatankuasa Santapan dan Jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja.

Menurut laporan Berita Harian, surat itu turut menamakan bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor.

Walaupun penyebaran gambar dan berita mengenainya telah lama namun tiada sebarang kenyataan dibuat oleh TMJ sehinggalah penyebaran surat edaran berkenaan.

Cik Khaleeda, merupakan seorang penuntut universiti dikatakan mula berkenalan dengan TMJ, sejak tahun lalu.

Malah TMJ pernah membawa Cik Khaleeda menghadiri majlis Diraja yang turut dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.