Tiada Sambutan : Hanya 30 Siswa UM Sertai Bantahan

Kuala Lumpur – Hanya sekitar 30 mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) yang berhimpun di hadapan pintu masuk universiti bagi menyatakan sokongan kepada bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel), Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, yang tidak disambung perkhidmatan.

Mereka mula berkumpul sejurus selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Tidak cukup dengan berhimpun, mereka yang hadir turut menjeritkan “Hidup mahasiswa, bangkit mahasiswa, “Henti pembodohan” dan “Tuntut Pembebasan”.

Selain itu, mereka juga mendesak supaya Menteri Pendidikan supaya menghapuskan segera Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang disifatkan alat untuk menekan universiti dan mahasiswa.

Setelah berhimpun 20 minit, mereka bergerak ke arah Bangunan Canselori untuk menghantar memorandum bantahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.