Skuad Samba Sedia Gegar

Fortaleza – Dalam perlawanan kedua suku akhir piala dunia 2014, Brazil akan bertemu dengan Colombia jam 4 pagi Sabtu.

Kedua-dua pasukan akan bertarung bermati-matian untuk tempah tiket ke perlawanan separuh akhir.

Sebagai tuan rumah Brazil lebih rasai tekanan perlawanan berbanding Colombia. Kenyataan ini diakui oleh jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari, sehingga pakar psikologi diminta adakan sesi kaunseling segera dengan skuad samba.

Brazil berjaya layak ke suku akhir selepas menang sepakan penalti terhadap pasukan Chile.

Dalam perlawanan sengit itu, Brazil hampir terkeluar daripada saingan piala dunia 2014.

Namun keputusan penalti memberi nafas baharu dalam skuad samba.

Bintang Brazil Neymar yang sudah bersedia untuk bermain akan beri semangat baharu kepada pemain-pemain Brazil lain.

Samba Brazil 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum ini, Luiz meragui peluang Neymar untuk beraksi selepas pemain sensasi ini banyak kali dikasari dan dijatuhkan oleh pemain Chile.

Pasukan Colombia, juara Kumpulan C mengalahkan Uruguay yang turun tanpa pemain kontroversinya Luiz Suarez 2-0 sekaligus atur pertemuan dengan Brazil.

James Rodriguez menjadi tonggak utama dalam perjalanan Colombia di piala dunia 2014. Pemain inilah yang harus diperhatian oleh pasukan Brazil.

Pemain licik ini berkebolehan mudah tembusi gawang gol lawan.

Fernandinho, pemain tengah Brazil menasihatkan rakan-rakannya untuk tidak beri ruang kepada Rodriguez tembusi barisan pertahanan Brazil.

Fernandinho yang pernah berganding dengan Rodriquez di FC Porto faham gerak geri pemain lincah ini dan berpendapat pergerakannya harus dikawal jika Brazil mahu lakar kemenangan.

Pada masa yang sama pasukan Colombia harus sedia dari segi mental atasi sokongan berjuta-juta penduduk Brazil untuk melancarkan serangan.

Walau apa-apa pun, skuad samba tidak akan inginkan sepakan penalti yang kedua untuk menentukan pasukan menang sepoerti yang berlaku ketika menentang Chile.

Oleh itu skuad samba akan mencari gol kemenangan dalam masa perlawanan untuk mengelakkan keadaan yang mencemaskan sebegitu.

Peminat-peminat bola sepak seluruh dunia sedang menantikan perlawanan ini untuk melihat perjalanan skuad samba diteruskan atau berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.