PERKASA Gesa Sidang Anti-Judi, Rumah Urut

Kuala Lumpur – Perkasa hari ini menggesa sebuah sidang kemuncak diadakan bagi menangani isu mesin judi haram, spa dan rumah urut serta pusat hiburan yang mengancam akhlak dan ketenteraman awam.

Kumpulan pendesak itu menyuarakan gesaan itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis, jabatan agama serta agenda kerajaan berkaitan.

Dalam kenyataannya semalam, PERKASA juga berkata KDN sebagai agensi peneraju tidak patut membisu dalam hal itu, lebih-lebih lagi ekoran pendedahan media hari ini berhubung ketiadaan penguatkuasaan.

“Jangan jadi pahat dan pemukul. Mana dia hasil KPI (indeks prestasi utama) membanteras jenayah.

“Rakyat mahu tengok tindakan berkesan dan bukan retorik, atau cepat melenting bila ditegur atau dikritik. Memalukan pendedahan oleh media Utusan,” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim juga membangkitkan peranan parti-parti politik dan Majlis Peguam dalam isu itu.

Utusan Malaysia di halaman utamanya semalam mengetengahkan isu ketiadaan penguatkuasa bagi menangani masalah mesin judi haram sehingga menimbulkan persoalan wujudnya amalan rasuah dalam pasukan itu.

Tinjauan akhbar itu di beberapa negeri mendapati premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa. Malah, di Sungai Besi, Utusan melaporkan sebuah premis menjadi tumpuan tentera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.