Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Insiden Kereta Perisai Terbalik

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera yang meninggal dunia dalam insiden kereta perisai terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar, semalam.

Perdana Menteri juga mendoakan supaya anggota yang cedera dalam kejadian itu segera pulih.

“Takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam kemalangan di Kuala Kangsar, semalam,” kata Najib dalam laman Twitternya hari ini.

Dalam insiden pada 6.30 petang semalam, dua anggota tentera maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik.

Sarjan Bayong anak Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar. – BERNAMA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.