Kanak-Kanak 2 Tahun Ditembak Di hadapan Bapanya

Michigan – Seorang lelaki dituduh membunuh seorang budak perempuan berusia dua tahun dengan menembak di hadapan bapanya.

Kejadian ini berlaku dekat Michigan, Amerika Syarikat.

Dalam kenyataannya, Lt. Michael Shaw berkata, tertuduh Raymone Jackson, 24 tahun, sengaja menjadikan kanak-kanak perempuan itu sasarannya dengan niat untuk menyiksa.

Mangsa telah ditembak di bahagian kepala sebelum tertuduh bertindak melepaskan tembakan ke arah bapa kanak-kanak perempuan itu, Ken French, 34 tahun dan rakannya, Chelsea Lancester.

Kedua-dua mereka kemudian dikejarkan ke hospital.

Menurut agensi berita AP, Jackson dituduh di mahkamah atas tuduhan pembunuhan darjah pertama dan dihantar semula ke penjara tanpa bon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.