Kadar Pertumbuhan PKS Perlu Ditingkatkan Kepada 9.3 Peratus – Najib

PUTRAJAYA: Kadar pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu ditingkatkan kepada 9.3 peratus setahun berbanding 6.2 peratus pertumbuhan semasa bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 41 peratus pada tahun 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi mencapai sasaran itu, beberapa program berimpak tinggi membabitkan PKS akan dilaksanakan termasuk mewujudkan tetingkap tunggal untuk PKS membuat pendaftaran dan permohonan lesen perniagaan, meningkatkan program pelaburan SME, menggalakkan eksport dan mengenal pasti serta mempromosi PKS berpotensi untuk menjadi pemain dan syarikat bertaraf dunia.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan ke-16 di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.