JKM Pantau Sindiket Kutip Derma Guna Pelajar Tahfiz

Kuala Lumpur – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberitahu pihaknya melakukan pemantauan teliti dan bertindak berhubung isu kanak-kanak mengutip derma termasuk pelajar tahfiz.

Ketua Pengarahnya, Datuk Norani Mohd. Hashim berkata, perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dijalankan bagi mencari solusi perkara tersebut.

“Ada lagi? (pelajar tahfiz mengutip derma). Tapi saya nampak dah kurang sedikit kanak-kanak mengutip derma.

“Baru-baru ini, pihak saya ada mesyuarat dengan Jakim, kita juga lihat perkara ini tapi pelajar tahfiz itu di bawah kendalian jabatan agama negeri,” katanya ketika ditemui di Bangi, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soal dakwaan kewujudan pelajar tahfiz dipercayai dari utara yang masih aktif mengutip derma.

“(Kita (JKM dan Jakim) pun akan berjumpa nanti Insya-ALLAH untuk lihat bagaimana kita selesaikan perkara ini. Kita memang ambil berat dengan anak-anak yang mengutip derma tapi sy nampak sudah berkurangan sekarang.

“Itu (kanak-kanak mengutip derma) memang dalam perhatian dan tindakan kita,” jelasnya lagi.

Aktiviti mengutip derma di kalangan pelajar tahfiz bukan perkara baru malah ia menjadi perhatian sejak beberapa lama terutama di bandar besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.