Dua Maut Jejambat Runtuh Dekat Stadium Piala Dunia

BELO HORIZONTE, Brazil: Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menghempap beberapa kenderaan di bandar raya Belo Horizonte di tenggara Brazil, awal pagi Jumaat.

Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 22 lagi cedera parah dalam insiden itu.

Imej yang disiarkan Globo TV menunjukkan bahagian depan sebuah bas berwarna kuning remuk selepas dihempap konkrit yang jatuh itu.

Insiden itu berlaku kira-kira lima kilometer dari stadium yang menjadi venue kejohanan Piala Dunia 2014.

Jejambat itu masih dalam pembinaan sebagai sebahagian pembangunan prasarana untuk kejohanan itu tetapi tergendala.

“Ia seperti gempa bumi. Tanah bergegar kuat. Saya dengar bunyi yang kuat. Saya nampak jejambat runtuh,” kata salah seorang sakis, Daniel Magalhaes yang berada berhampiran tempat kejadian.

Pegawai perubatan mengesahkan, dua orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/07/04/dua-maut-jejambat-runtuh/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.