Betis Hancur Digilis Kereta

Parit Buntar – Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan.

Pemandu kereta terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal.

Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya rosak manakala rim tayar hadapan kanan hancur dilanggar motosikal mangsa.- Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.