Bayi Lahir Jantung Di Luar

Sanaa: Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan jantungnya di luar dada.

Menurut doktor bayi berkenaan perlu memerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Kanak-kanak itu dilahirkan oleh seorang wanita tempatan melalui pembedahan di hospital di Dhamar, kira-kira 75 kilometer ke selatan Sanaa.

Pakar kanak-kanak di hospital itu , Dr. Abdul Raqeeb Al Gabari berkata, kejadian itu jarang berlaku.

Bapa bayi itu, Yehya Hussein berkata, doktor memaklumkan anaknya sihat tetapi tidak boleh hidup dalam keadaan jantungnya di luar.

“Doktor memberitahu anak saya perlu dibedah secepat mungkin untuk meletakkan jantungnya di tempat sepatutnya yang sepatutnya supaya dia boleh terus hidup, ” katanya. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.