Awie Berdepan Tuduhan Cedera Isteri

Kuala Lumpur – Penyanyi rock terkenal, Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya, bulan lalu. 



Awie atau nama sebenarnya, Mohd. Azhar Othman, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah kepada Rozana Misbun, 36, di rumah mereka di No. 9, Jalan UB 5B, Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana kira-kira pukul 1.30 petang, 2 Jun lalu.



Isterinya, Rozana Misbun yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun, mempunyai tiga orang anak dengan Awie.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan ikat jamin RM9,000 dan menetapkan 11 Ogos untuk sebutan seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.