Awi Rafael Nafi Bercinta Dengan Gadis Singapura

Kuala Lumpur – Penyanyi yang popular dengan lagu `Kalau Aku Kaya’ Awi Rafael menafikan dirinya menyimpan rahsia mengenai hubungan percintaannya dengan seorang gadis dari Singapura.

Dengan menolak gosip itu, beliau seperti yang dilaporkan dalam laman portal Gua.com.my memberitahu, beliau tidak ada menjalin hubungan dengan mana-mana gadis dari Singapura dan mengesahkan dirinya masih `single’.

“Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu. Saya datang sini untuk berkarier dan tidak suka cakap pasal benda privasi.

“Kawan-kawan saya juga tahu yang saya memang tak suka bercakap pasal perkara peribadi. Alhamdulillah kerana kisah mengenai kerjaya saya lebih banyak daripada gosip, jadi lebih baik dikekalkan sebegitu,” katanya.

Beliau turut menganggap apa yang dialami itu sebagai satu hikmah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.