Anwar Dan Hadi Dah Bincang di IJN: Khalid Berhenti Lepas Raya Ganti Dengan Azizah?

Kuala Lumpur – Pejabat Presiden PAS menafikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pertukaran menteri besar Selangor sebagaimana yang dilaporkan sebuah laman web hari ini.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataannya berkata, perkataan Selangor dan MB langsung tidak disebut ketika Anwar melawat Hadi di Institut Jantung Negara (IJN).

“Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara kedua-dua pemimpin itu semasa lawatan ke IJN tempoh hari, malah perkataan ‘Selangor’ dan ‘MB’ pun tidak disebut langsung,” katanya.

Samsuri berkata demikian ketika mengulas laporan portal FMT ini yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diberhentikan sebagai menteri besar selepas raya Aidilfitri.

Menurut laporan itu, Hadi dikatakan akhirnya bersetuju dengan cadangan untuk menukar menteri besar Selangor itu.

Ia dikatakan dicapai dalam kunjungan Anwar melawat Hadi ketika beliau menerima rawatan di IJN, baru-baru ini.

Laporan FMT berkata, Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik menjadi menteri besar manakala Adun Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan menteri besar.

Pada 29 Jun lalu, pengendali laman Facebook Presiden PAS memuat naik sekeping gambar kunjungan Anwar dan Wan Azizah melawat Hadi di IJN.

Selain Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan PAS turut menziarahi presiden PAS berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.