Tak Percaya Suami Terlibat Militan

DAMANSARA – Isteri kepada Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, salah seorang suspek dipercayai terlibat kegiatan militan terkejut apabila mendapat tahu suaminya kini menjadi buruan polis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, dia hanya mendapat tahu berita tersebut apabila media mendedahkan wajah suaminya melalui televisyen dan akhbar.

“Apa yang saya tahu, dia hanya pergi ke Filipina untuk melakukan akikah dan korban pada April lalu, tidak sampai ke tahap menjadi anggota militan. Lagipun tiada tanda-tanda dia terlibat dengan latihan ataupun mengerakkan pertubuhan militan.

“Saya tidak percaya suami saya anggota militan sebab dia seorang yang amat bertanggungjawab terhadap keluarga,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya di Kota Damansara, di sini semalam.

Menurut wanita berusia dalam lingkungan 30an itu lagi, suaminya  seorang yang warak dan tidak pernah berkasar terhadap anak-anak serta rapat dengan jiran dan rakan.

“Kehidupannya  seperti orang biasa, keluar pagi dan pulang bekerja pada waktu petang setiap hari,” katanya yang mempunyai lima anak berusia dua hingga sebelas tahun.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tak-percaya-suami-terlibat-militan-1.296212

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.