30,000 Polis Dikerah Di Jakarta

Jakarta – Kira-kira 30,000 anggota polis akan dikerahkan untuk menjaga ketenteraman awam pada hari pengundian Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014 pada 9 Julai ini di sini, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Jakarta, Pesuruhjaya Rikwanto berkata, anggota polis terbabit akan ditugaskan untuk memastikan kertas undi dihantar dengan selamat ke tempat pengundian, selain memastikan keadaan tenteram tanpa sebarang kempen dalam tempoh tiga hari waktu bertenang.

“Polis juga akan mengawal kawasan pengundian sehari sebelum berlangsungnya Pemilu,” jelas Rikwanto.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.