Isteri Daim tak akan tunduk kepada pembuli, anggap tindakan SPRM politik dendam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Toh Puan Na’imah Abdul Khalid iaitu isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin meluahkan kemarahan terhadap tindakan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas lebih banyak aset keluarganya dan berikrar akan mencabar tindakan itu di mahkamah.

Kata Na’imah, tindakan itu akan diambil demi “mempertahankan apa yang tidak sepatutnya dirampas” dalam negara yang ditadbir oleh undang-undang.

Na’imah juga menyifatkan tindakan SPRM bermotifkan politik dan bersifat dendam.

“Saya tidak akan tunduk kepada pembuli.

“Kebenaran dan keadilan akan menang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) SPRM untuk membekukan akaun bank dan hartanah Na’imah bernilai lebih RM750 juta, termasuk kediamanan mewah, di London.

Langkah tersebut diambil siasatan terhadap Daim dan Na’imah berhubung Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya yakin masih ada harta lain milik Daim dan Na’imah di luar negara namun tidak diisytiharkan kepada pihak berkuasa seperti yang diarahkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat