- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli menitipkan petua beliau membuat keputusan dalam hidup sehari-hari.
Bekas Menteri Ekonomi itu menegaskan, ia bukan tentang apa yang kita mahu sebaliknya tentang apa yang perlu berlaku.
“Kita buat macam-macam keputusan setiap hari. Ada keputusan besar, ada keputusan kecil.
“Petua saya dalam membuat keputusan.It is not about what we want. It is about what needs to happen,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.
Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dari Kabinet berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada PKR 2025 baru-baru ini.