MB Terengganu Dicabar Debat Isu Tanah Negeri RM29 Juta Dijual RM500,000 Kepada NGO

- Advertisement -

DUNGUN – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicabar untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan yang didakwa dijual kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau mencabar pemimpin utama negeri itu untuk berhujah bagi membuktikan tindakan yang dilakukan itu tidak menyalahi undang-undang.

“Betul kalau dia kata ikut saluran undang-undang masuk mesyuarat semua. Tetapi, adakah logik harga tanah bernilai RM29 juta dijual pada harga RM500,000.

“Bagi saya itu satu pengkhianatan kepada rakyat Terengganu. Saya cabar Menteri Besar (Ahmad Samsuri) berdebat dengan saya.

“Saya sendiri pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah bahagian tanah, beribu-ribu keping geran tanah saya pernah tandatangan, saya tahu undang-undang dan peraturan tanah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) BN Parlimen Dungun di Dataran Piramid Bukit Besi, di sini malam Sabtu.

Menurut Ahmad Said, isu berkenaan telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini namun belum ada sebarang tindakan berhubung perkara itu.

“SPRM diminta segera mengambil tindakan, jika tidak kewibawaan SPRM akan dipertikaikan oleh rakyat. Begitu juga berkaitan dengan hal balak, hal emas. Kenapa tak siasat dan tidak dakwa?

“Kita minta buktikan sebagaimana kita bawa ke mahkamah kes rasuah melibatkan agihan wang kepada pengundi. Mereka (Pas) kata sedekah, ini bukan soal sedekah. Ini soal wang itu diberikan dalam tempoh pilihan raya,” katanya.

Menurut Ahmad Said, selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999, Pas telah memberi tanah itu kepada sebuah koperasi dan selepas BN kembali memerintah pada 2004, tanah itu diambil semula dengan nilai RM6.7 juta.

“Kalau ikutkan nilai tanah itu RM6.7 juta, premium yang sepatutnya dikenakan kira-kira lapan peratus. Apatah lagi dia (kerajaan Pas) nilai tanah itu RM5.5 juta dan mengarah tanah itu dibayar sebanyak RM550,000.

“Sedangkan nilai semasa tanah itu yang dibuat kerajaan bernilai RM29 juta. Adakah itu ikut peraturan? Nilai RM29 juta kamu beri hanya RM550,000… mana modal kerajaan?… ini duit rakyat, pengkhianatan kepada rakyat,” tegas beliau.

Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, penjualan tanah tanah kerajaan negeri bernilai RM29.3 juta kepada sebuah NGO itu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada di Terengganu.

Sebelum ini tular isu penjualan tanah seluas 11,299 meter persegi berdekatan bangunan Badan Perhubungan Pas Terengganu didakwa dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) dengan bayaran premium RM500,000.

Turut ditularkan di media sosial ialah dokumen berkaitan penjualan tanah itu yang dikatakan tidak disokong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan bertentangan dengan harga premium yang sepatutnya dikenakan sebanyak RM5.87 juta, namun didakwa dikurangkan kepada RM500,000.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, penjualan tanah tanah kerajaan negeri bernilai RM29.3 juta kepada sebuah NGO itu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada di Terengganu. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat