Yusuf Iskandar Teruja Sambut Hari Lahir Pertama

Putera sulung kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar teruja menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.
 
Video keterujaan iu dikongsikan suami isteri itu di akaun Instagram (IG), @theyusufiskandar.
 
Menerusi video itu memperlihatkan reaksi wajah si comel itu teruja melihat percikan bunga api yang diletakkan di atas kek hari jadinya.
 
Entri tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada peminat Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.
 
Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Yusuf dan mereka berharap agar dia membesar menjadi anak yang soleh.
 
Sementara itu, Hairul Azreen, 29, turut berkongsi kegembiraan menyambut hari kelahiran anaknya itu.
 
Hairul menulis di IG ”Alhamdulillah anak daddy hari ini genap umur setahun, Happy Birthday #YusufIskandar1Tahun.”
 
Hanis dan Hairul telah bernikah pada Jun 2015 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan mereka.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.