Video: Insiden Serangan Cetus Panik Di London

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 6 mangsa dibunuh beberapa penyerang berhampiran London Bridge pada Sabtu, kata polis.

Polis berkata, 3 penyerang memandu sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menikam orang ramai di Borough Market.

Dalam kejadian pertama di London Bridge, beberapa orang cedera dilanggar sebuah van di kawasan pejalan kaki.

Sementara itu, kejadian menikam serta beberapa tembakan dilaporkan di Borough Market, berdekatan London Bridge.

Polis Metropolitan turut sahkan kejadian ketiga berlaku di kawasan Vauxhall, yang terletak hampir 4 kilometer dari London Bridge.

Menurut media tempatan, polis kini sedang memburu tiga suspek bersenjata.

Insiden berlaku dua minggu selepas serangan bunuh diri yang mengorbankan 22 orang di konsert Ariana Grande di Manchester.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.