Ular Muntahkan Kembali Santapannya Berupa Botol Kosong

Seekor ular tedung di India ini telah mengejutkan ramai apabila ia memuntahkan semula `makanan’ yang ditelannya.

Ular yang ditemui di Goa, India ini menelan satu botol plastik dan kemudiannya ia secara perlahan-lahan memuntahkan semula botol berkenaan.

Menurut seorang lelaki, Goutham Bhagat,  perut ular itu tertonjol dan agak besar berbanding dengan saiz badannya.

“Saya fikir ular itu pasti menelan sesuatu yang besar sehingga tidak bisa dicerna.

“Tapi saya tidak sangka ia akan mengeluarkan botol minuman ringan yang kosong,” katanya.

Namun belum ada seseorang pun yang dapat menjelaskan bagaimana ular tedung berkenaan boleh menelan botol plastik berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.