Tudung Paling Mahal Oleh Bawal Exclusive Bernilai RM21,600

PENGGEMAR fesyen tudung berjenama sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki tudung eksklusif.

Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd berkata kebanyakan yang membuat tempahan sedemikian adalah golongan kenamaan dan ahli perniagaan.

Haniza Maysuri berkata pelanggan sanggup membayar lebih untuk memiliki tudung eksklusif yang ditempah khas, lapor sebuah akhbar harian.

“Tudung paling mahal yang pernah dihasilkan oleh Bawal Exclusive bernilai RM21,600 yang ditempah khas oleh seorang ahli perniagaan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata syarikatnya juga menjual rekaan tudung pada harga mampu milik serendah RM50 sehelai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.