T.O.P Mohon Maaf Kerana Hisap Ganja

Akhirnya T.O.P membuka mulut selepas dihimpit dengan skandal di mana ditangkap kerana menghisap marijuana atau ganja minggu lalu.

T.O.P telah mengemukakan permohonan maaf selepas empat hari skandal berkenaan berlaku. Permohonan maaf itu ditulis tangan di atas sekeping kertas dan ditujukan kepada semua pihak yang terjejas dengan skandal dadah berkenaan.

Dia turut melahirkan kekesalan dengan apa yang berlaku itu.

Pada 2 Jun lalu, T.O.P telah disahkan positif marijuana dan dikatakan menghisapnya sebanyak tiga kali bersama dengan seorang gadis yang kemudiannya dikenalpasti sebagai Han Seo Hee, yang berusia 21 tahun.

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun merupakan rapper Korea Selatan dan mencipta nama pada 2000. Dia bersama kumpulannya Big Bang merupakan antara kumpulan yang terkenal di negara berkenaan.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, mereka yang menghisap ganja berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda RM19,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.