Setiap Pemohon Visa Berkunjung Ke Amerika Syarikat (AS) Mesti Sertakan Butir Akaun laman sosial peribadi

WASHINGTON DC – Pentadbiran Rumah Putih meluluskan cadangan kepada setiap pemohon visa berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) supaya menyertakan sekali butir akaun laman sosial peribadi.

Pihak kedutaan AS di seluruh dunia juga akan mewajibkan maklumat berkaitan nombor telefon, nombor pasport dan alamat emel yang telah digunakan oleh setiap pemohon sejak lima tahun lalu perlu diisi dengan jelas.

Malahan, alamat tempat tinggal, pekerjaan serta sejarah tempat tinggal sejak lima belas tahun lalu juga perlu diisikan oleh para pemohon dalam satu kertas soal jawab sebelum boleh diberikan visa oleh pihak kedutaan.

Perubahan proses permohonan tersebut bagi membantu pihak keselamatan AS sendiri untuk menyekat penularan sebarang aktiviti keganasan militan yang kemungkinan besar muncul di negara terbabit tanpa dijangka.

Ini kerana trend penggunaan media sosial dalam kalangan pengganas amat popular sebagai cara berkomunikasi terutama menyebarkan dakyah selain mempercepatkan perkembangan pengaruh kumpulan militan tersebut.

Bagaimanapun, cadangan terbaharu berkenaan menerima tentangan daripada ramai pengkritik kerana beranggapan tempoh proses permohonan visa akan berjalan lebih lama berbanding sebelum ini. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.