Seorang Wanita Sanggup Beli Tudung RM21,600

KUALA LUMPUR – Kegilaan wanita Malaysia terhadap fesyen tudung terutamanya jenama eksklusif menyebabkan kebanyakan mereka tidak kisah berhabisan wang ratusan malah ribuan ringgit untuk memiliki tudung yang diidamkan.

Menurut Pengasas Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Haliza Maysuri, pihaknya pernah menerima tempahan daripada seorang ahli perniagaan di Kelantan yang sanggup mendapatkan sehelai tudung berharga RM21,600.

“Tudung paling mahal yang pernah dihasilkan oleh Bawal Exclusive bernilai RM21,600 yang ditempah khas oleh seorang ahli perniagaan di Kelantan.

“Kebanyakan yang menempah khas tudung bernilai ribuan ringgit adalah golongan kenamaan dan ahli perniagaan ternama,” katanya ketika ditemui di butik Bawal Exclusive di Puchong,lapor Kosmo.

Sehubungan itu, katanya, terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap tudung-tudung eksklusif yang ditempah khas dan pelanggan tidak kisah membayar lebih.

Bagaimanapun, Haliza memberitahu, Bawal Exclusive juga menyediakan rekaan-rekaan tudung bawal bertatah batu kristal Swarovski pada harga mampu milik serendah RM50 sehelai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.