Polis Tahan 4 Lelaki Disyaki Rogol Gadis Di Kelantan

KOTA BHARU – Kesucian bulan Ramadan tercemar apabila polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat merogol seorang gadis berusia 17 tahun di Pasir Mas dekat sini malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila teman lelaki mangsa meninggalkannya di sebuah pondok di kawasan Tok Uban, Pasir Mas.

“Kemudian datang enam kawan teman lelakinya, mereka terus merogol mangsa bergilir-gilir. Teman lelakinya juga turut merogol mangsa yang masih bersekolah itu.

“Kita telah menahan empat suspek berusia 17 sehingga 21 tahun, usaha memburu dua lagi suspek sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.