Pesawat Ringan Terhempas Di Jejambat Linkedua

JOHOR BAHRU – Tiga terselamat selepas sebuah pesawat ringan model PA28 (9M-DRC) terhempas di jejambat berhampiran Plaza Tol Lima Kedai di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Khairi Zainuddin, berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.29 pagi tadi.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan sebuah jentera dengan kekuatan seorang pegawai dan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Lokasi kejadian adalah di atas jejambat susur ke Bandar Baru Pulai, berhampiran Plaza Tol Lima Kedai menghala ke Senai di sini.

“Tiga individu termasuk seorang juruterbang terselamat dalam kejadian itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khairi berkata, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.34 tengah hari tadi. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.