Penyokong Cedera, Mercun Disangka Bom

SEKURANG kurangnya 1,000 penyokong Juventus cedera dengan tujuh dalam kalangan mereka serius ketika menanti untuk menonton final Liga Juara juara (UCL) di Turin, awal pagi, hari ini.

Kejadian berlaku apabila penyokong terbabit bertempiaran menyelamatkan diri dan berpijakan sesama sendiri ketika berkumpul di dataran Piazza San Carlo, lapor Metro.

Menurut polis, ia berlaku 10 minit sebelum perlawanan bermula yang berpunca daripada letupan mercun dilepaskan menyebabkan beberapa orang menjerit jerit ‘bom meletup’.

Kebanyakan menerima rawatan akibat mengalami luka dan lebam dengan ada antaranya dikejarkan ke unit kecemasan di hospital tempatan.

Insiden itu turut memberi petanda malam buruk buat penyokong Juventus apabila tewas 4-1 kepada Real Madrid di Cardiff.

Kecederaan turut berpunca daripada besi penghalang di pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah roboh disebabkan tidak mampu menampung berat terlalu ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.