Penyerang Kasino Di Manila Dibebani Hutang Judi

MANILA – Polis Filipina mengesahkan telah mengenal pasti identiti suspek serangan yang mengorbankan 36 orang di sebuah kasino di Manila minggu lalu.

Suspek adalah warga Filipina, dikenali sebagai Jessie Javier Carlos dan bukan anggota pengganas.

Hasil siasatan, Carlos didapati melakukan serangan secara berseorangan dan memiliki hutang judi yang banyak.

Carlos ditemui mati beberapa jam selepas serangan dengan membakar dirinya menggunakan petrol.

Dalam kejadian itu Carlos telah bertindak menembak secara rambang sebelum membakar kasino.

Dia turut melarikan cip judi bernilai AS$ 2.3 juta. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.