Manny, K-Pop Pertama Beragama Islam

Kumpulan VARSITY mula terkenal selepas single mereka berjaya mendapat perhatian peminat K-Pop di Korea Selatan.

Selain kumpulan itu yang dianggotai ahli-ahli yang kacak-kacak belaka, apa yang menarik perhatian adalah salah seorang anggotanya, Manny, beragama Islam.

Manny terlibat dalam industri muzik sejak kecil lagi iaitu sebagai pelakon kanak-kanak.

Dia pertama kali memberitahu peminatnya bahawa dia beragama Islam dalam temubual dengan Music Bank, di mana ahli kumpulan berkenaan menceritakan mengenai sarapan pagi mereka.

Setiap anggota ditanya apa yang mereka mahu makan dan kebanyakannya memberitahu mereka mahu makan kimchi stew, iaitu kebiasaannya mengandungi daging babi.

Namun Manny mendedahkan dia tidak boleh makan daging babi kerana dia beragama Islam.

Peminat VARSITY dapat menerima dengan baik mengenai Manny. Kumpulan VARSITY kini sudah berjaya menambat perhatian peminat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.