Kutip Sampah Penerbangan, Tony Digelar Bos Terbaik

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes membantu anak kapal melakukan rutin pembersihan ketika penerbangan, tular di laman sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 16 saat itu dimuatnaik Ketua Perkhidmatan Komunikasi Korporat Indonesia, Audrey Brogastama Petriny di laman Instagram (IG)nya.

Sehubungan itu, rakaman tersebut dimuatnaik semula oleh Tony di akaun IGnya dan telah menerima lebih 280 ribu kali tontonan dengan 562 komen.

Tony juga menulis bersama kapsyen yang mencuit hati pengikutnya di IG:

“Hahaha @audreypetriny curi-curi rakam saya. Sempena sambutan hari anak kapal sedunia (International Flight Attendant Day – 31 Mei) dan penerbangan penuh, saya membuat keputusan untuk membantu. Terima kasih kepada semua krew di atas kerja keras mereka.”

Beberapa penumpang penerbangan dilihat turut merakam aksi selamba Tony.

Pengikut IG Tony rata-ratanya memuji sikap rendah diri yang sentiasa ditonjolkan oleh beliau dan berpendapat pangkat bukan halangan untuk bercampur dengan pekerja bawahan.

Mereka juga turut mengggelarkan ‘Big Bos’ Air Asia itu sebagai Bos terbaik di dunia!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.