Kerat Mayat Kekasih Suami


OKLAHOMA, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun kerana bertindak memotong mayat bekas kekasih suami­nya di sebuah rumah pengebumian di sini.

Menurut Agensi, pada April lalu, Shaynna Lauren Sims, 29, didapati bersalah memotong bahagian badan mayat tanpa kebenaran, mencuri serta kesalahan pecah masuk.

Pihak pendakwa raya yang mendengar keterangan 12 saksi berkata, Sims sebelum itu memperdaya ahli keluarga mangsa, Tabatha Lynch, 38, dengan mendakwa dia seorang jurusolek mahir yang mahu membantu menyiapkan mendiang sebelum majlis penghormatan berlangsung, lapor Kosmo.

Wanita itu sebaliknya bertindak memotong beberapa bahagian badan Lynch termasuk rambut, payudara dan jari kaki selain mencuri kasut serta mengelar muka mangsa.

Sehubungan itu, pihak pendakwa dalam keterangan kes itu memberitahu, Lynch pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas suami Sims dan dipercayai perbuatan itu dilakukan kerana dendam terhadap mereka berdua.

Dia kini dipenjarakan sehingga tahun 2033.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.