Ifa Raziah Pengsan Di Set Penggambaran

Penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah tiba-tiba pengsan di set penggambaran.
 
Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Ifa dalam sesi penggambaran bagi muzik video Dangdut Lebaran bersama penyanyi dangdut lain dikatakan rebah secara tiba-tiba pengsan akibat terlampau letih bekerja.
 
Di dalam video tersebut, kelihatan penyanyi dangdut veteren, Shida yang cemas dengan sitasi tersebut telah cuba untuk membantu menyedarkan Ifa.
 
Krew penggambaran lain yang berada di lokasi kemudian telah mendapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi ambulans, lapor AstroGempak.
 
Sementara itu, peminat Ifa yang bimbang tentang keadaan penyanyi itu telah mendoakan agar Ifa cepat sembuh selain mereka turut menasihatinya untuk banyak berehat. 
 
Ketika kejadian yang berlaku di Ampang, antara selebriti lain yang turut berada di set penggambaran adalah Ani Mayuni, Haiza, dan Salwa.
 
Pada awal 2017, Ifa pernah mendapat rawatan di hospital selama beberapa hari akibat masalah kesihatan yang teruk. 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.