Gadis Cantik Minta Bantuan Cari `Soulmate’ Yang Ditemui 4 Tahun Lalu

Empat tahun lalu ketika berusia 14 tahun, Joceline telah bertembung dengan seorang budak lelaki ketika dia menaiki pesawat dari San Francisco ke Hong Kong.

Sebaik melihat budak lelaki itu, Joceline terus jatuh hati kepadanya.

Ketika itu Joceline dan keluarganya sedang beratur untuk menaiki pesawat dan dari situ dia melihat budak berkenaan yang memakai jaket hijau.

Dia juga menuju ke Hong Kong namun mereka berpisah apabila Joceline bertukar penerbangan untuk ke China pula.

Dan selepas menghabiskan masa sebulan di China, Joceline sekali lagi bertembung dengan budak lelaki itu.

“Sekali lagi saya berjumpa dengannya dan kami sama-sama memakai jaket hijau. Dan rupa-rupanya kami dalam penerbangan yang sama untuk pulang ke San Francisco,” katanya.

Kini, pada 2017, selepas Joceline berusia 18 tahun, dia amat berharap dapat bertemu dengan budak lelaki itu, yang kini tentu sudah menjadi remaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.