Azza Elite Nafi Tanggung Suami


Penyanyi dan pelakon Azza Elite menafikan dakwaan setengah pihak dia menanggung suaminya Azlan Zulaly.

Wanita berusia 38 tahun ini dikatakan lebih bekerja keras mengusahakan perniagaan selain aktif dengan kerjaya seni, lapor MalaysiaDigest.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, menurutnya, persepsi itu tidak benar sama sekali.

Hakikatnya dia dan suaminya sama-sama menguruskan perniagaan, Azza Elite Empire HQ, yang menawarkan pelbagai produk kecantikan dan produk kesihatan.

“Di Instagram saya, memang saya lebih banyak berkongsi tentang produk-produk yang saya jual berbanding hal peribadi. Lagipun suami saya seorang yang pemalu jadi memang susah kalau hendak ajak dia bergambar.

“Disebabkan saya artis jadi tentulah saya yang nampak lebih menonjol daripada suami. Mungkin juga sebab itu timbul dakwaan sebegitu hakikatnya saya dan suami sama-sama mengusahakan perniagaan kami sejak beberapa tahun lalu.

“Dia menguruskan bahagian pemasaran dan saya pula lebih kepada bahagian promosi, itu sebabnya orang lebih nampak saya saja yang ke depan. Jadi dakwaan itu memang tidak betul,” jelasnya.

Laku Mall menawarkan pelbagai produk seperti reka bentuk rumah dan hiasan dalaman, kesihatan dan kecergasan, teknologi dan banyak lagi.

Disiarkan HyppTV saluran 123, program ini memberikan penonton pengalaman membeli belah terbaik di TV bawakan oleh Mangkin Prestij Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat Korea berdaftar di Malaysia, M Tanochi Home Shopping Sdn Bhd.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.